Cari:
Projek Kereta Api Untungkan China, Thailand
2017-07-25 14:50:00 CRI Cetak

Landasan kereta api China-Thailand merupakan projek kerjasama yang saling menguntungkan, dan juga penting bagi mewujudkan kesalinghubungan dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Don Pramudwinai di Bangkok semalam.

Menurut beliau, projek tersebut bukan hanya akan menggalakkan pembangunan dan kemakmuran kawasan yang terlibat, malah menyumbang kepada pembangunan rangkaian landasan kereta api pan-Asia, sekali gus meletakkan Thailand sebagai hab kesalinghubungan dan pusat ekonomi serantau.

Beliau berkata, dilihat dari perspektif domestik dan serantau, projek itu bermanfaat bagi pembangunan jangka panjang Thailand dan sesuai dengan kepentingan rakyat.

China bersedia berkongsi teknologi kereta api laju dengan Thailand, serta membantu Thailand melatih tenaga teknikal dan pengurusan yang profesional demi perkembangan industri berkenaan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China