Cari:
Kerjasama Thailand-China Kukuh
2017-07-25 15:34:31 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dalam pertemuan dengan Menteri Luar China, Wang Yi di Bangkok semalam, memuji kerjasama dan persahabatan antara kedua-dua negara amat kukuh hingga membuahkan banyak hasil penting.

Prayut menyatakan rasa kagum terhadap kemajuan China dan hasrat untuk menimba pengalaman China dalam pentadbiran negara.

Thailand ingin menyelaraskan strategi pembangunan dengan China untuk memperkasakan kerjasama pragmatik di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Projek kereta api China-Thailand dan penyertaan syarikat China dalam pembinaan koridor ekonomi timur Thailand dialu-alukan.

Thailand juga bersedia mengukuhkan koordinasi dan kerjasama dengan China di bawah rangka ASEAN+1, Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Wang Yi menyatakan penghargaan atas sokongan Thailand terhadap inisiatif B&R, di samping menegaskan China mengambil berat persahabatan dengan Thailand dan berharap kedua-dua pihak dapat meneroka potensi kerjasama baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China