Cari:
Kapal Terbalik di Indonesia, 10 Korban
2017-07-26 12:46:45 CRI Cetak

Sebuah kapal yang membawa kira-kira 50 penumpang terbalik berhampiran Tarakan, Kalimantan Utara, Indonesia semalam, mengakibatkan 10 maut dan lima lagi cedera.

Jurucakap Jabatan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia, Marsudi mengesahkan bahawa kapal tersebut terbalik di lokasi kira-kira satu kilometer dari pelabuhan. Misi menyelamat yang disertai tentera laut dan anggota marin berjaya menyelamatkan 36 mangsa, yang telah dihantar ke hospital tempatan.

Punca kemalangan disyaki ombak dari kapal lain ketika pelabuhan sibuk. Cuaca dilaporkan baik pada masa itu.

Setakat ini, tiada laporan mengenai korban dan cedera warga China dalam kemalangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China