Cari:
Laos Ubah Garis Kemiskinan
2017-07-27 13:38:51 CRI Cetak

Laos akan menaikkan garis kemiskinan bagi membolehkan lebih banyak rakyat mendapat bantuan dalam situasi ekonomi semasa. Usul untuk menyemak semula piawaian garis kemiskinan yang dirangka pada tahun 2013, telah disiapkan.

Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pejabat Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pembasmian Kemiskinan Laos, Kongkeo Vongpaseuth baru-baru ini. Semakan itu melibatkan piawaian bagi makanan dan pakaian, kediaman tetap, biaya perubatan, pendidikan asas dan perkhidmatan awam.

Usul tersebut akan dibahaskan tahun ini, dan jika diluluskan, jumlah individu dan keluarga yang tergolong sebagai miskin di Laos akan meningkat sedikit. Pada tahun lalu, kadar kemiskinan di Laos menurun daripada 6.59% kepada 6.3%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China