Cari:
Peningkatan Kes HIV di Filipina Tertinggi di Asia Pasifik
2017-08-02 14:32:12 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Jumlah kes jangkitan virus HIV di Filipina meningkat paling cepat di Asia Pasifik menurut Kementerian Kesihatan negara itu, memetik laporan terbaru Program AIDS PBB (UNAIDS).

Maklum Setiausaha Kesihatan, Paulyn Jean Rosell-Ubial dalam sidang media semalam, sebanyak 10,500 kes HIV dilaporkan di Filipina setakat penghujung tahun lalu berbanding 4,300 kes pada 2010. Angka ini menunjukkan suatu ledakan 140% jumlah kes baharu dalam tempoh tersebut.

Antaranya, dua pertiga kes baharu melibatkan golongan belia berumur 15 hingga 24 tahun. Rasa malu dan takut serta kurangnya kesedaran menyebabkan sesetengah belia keberatan untuk menjalani ujian HIV.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China