Cari:
Pelaburan China ke Indonesia Meningkat
2017-08-02 14:40:05 CRI Cetak

Menurut data terkini Badan Koordinasi Penanaman Modal (BKPM) Indonesia, pelaburan China ke Indonesia meningkat dengan ketara pada setengah pertama tahun ini dengan jumlah mencatat USD1.96 bilion (RM8.4 bilion).

Kepala BKPM, Tom Lembong menyatakan bahawa peningkatan tersebut dapat dilihat baik dari segi skala mahu pun mutunya.

Menurut beliau, walaupun masih ada yang bersikap ragu-ragu terhadap kemasukan pelaburan dari China, namun ini tidak menjadi faktor yang menjejaskan pelaburan tersebut. Malah, pelaburan China terus mendahului dalam bidang penapisan dan infrastruktur, bahkan mula menembusi industri intensif buruh seperti pelancongan.

Indonesia mengalu-alukan lebih banyak pelaburan dari China disuntik kepada projek pelabuhan di Sumatera Utara, pembangunan industri nuklear di Kalimantan Utara dan penaiktarafan industri pelancongan di Sulawesi Utara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China