Cari:
Sastera Agung China Versi Bahasa Melayu Diterbitkan
2017-08-03 11:31:10 CRI Cetak

Empat karya agung sastera klasik China, iaitu "Mimpi di Mahligai Merah", "Hikayat Tiga Negara", "Hikayat Pinggir Air" dan "Hikayat Jelajah ke Barat" telah diterjemahkan ke bahasa Melayu dan diterbitkan di Malaysia setelah usaha lebih 30 tahun.

Pengerusi Pusat Kebudayaan Cina Malaysia yang bertanggungjawab atas novel "Mimpi di Mahligai Merah" menyatakan bahawa empat karya tersebut merupakan khazanah berharga bagi budaya tradisional China.

Beliau menganggap penerbitan empat karya tersebut bermanfaat bagi interaksi dan kerjasama kebudayaan antara Malaysia dan China serta pembinaan "Jalur dan Laluan" (B&R), malah juga dapat meningkatkan persahabatan dan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.

Duta Besar China di Malaysia, Huang Huikang berkata, penerbitan empat karya klasik versi bahasa Melayu tersebut adalah signifikan bagi meningkatkan pengetahuan rakyat Malaysia terhadap sastera dan sejarah China selain merancakkan pertukaran kebudayaan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China