Cari:
AMM ke-50 Diadakan di Manila
2017-08-03 14:44:13 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-50 bermula dengan rasmi di Manila, Filipina, negara pengerusi bergilir ASEAN, semalam, dengan tema "kerjasama demi perubahan, integrasi dengan dunia".

Dalam tempoh AMM berlangsung selama tujuh hari hingga 8 Ogos ini, kira-kira 40 sesi mesyuarat dan aktiviti akan diadakan dengan kehadiran bukan sahaja menteri luar negara ASEAN, malah wakil dari semua 27 negara yang terlibat kali ini.

Selain itu, pertemuan secara berasingan akan diatur antara ASEAN dengan menteri luar dari 10 negara rakan dialognya.

Para hadirin akan merumuskan pengalaman pembangunan dan merangka hala tuju komuniti ASEAN, sambil bertukar-tukar pandangan tentang isu-isu serantau dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China