Cari:
MRT Johor Bahru-Singapura Beroperasi Menjelang 2024
2017-08-03 13:35:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sistem MRT rentas sempadan yang menghubungkan Johor Bahru, Malaysia dengan Singapura dijadualkan beroperasi menjelang 31 Disember 2024.

Perjanjian dua hala sistem MRT tersebut akan ditandatangani pada penghujung tahun ini, menurut satu kenyataan bersama pada mesyuarat ke-13 Jawatankuasa Kementerian Bersama Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia yang telah diadakan di Johor Bahru baru-baru ini.

Selepas siap dibina, sistem MRT itu boleh menampung seramai 10 ribu penumpang sejam di setiap laluan.

Penumpang dari Singapura ke Johor Bahru boleh transit di stesen Woodlands North pada laluan Thomson-East Coast, kemudian terus menguruskan prosedur kastam dan imigresen di kaunter berkenaan yang disediakan di stesen tersebut. Prosedur serupa tidak perlu selepas tiba di Johor Bahru.

Hal ini akan memudahkan perjalanan antara Malaysia dengan Singapura.

Pembukaan sistem MRT tersebut bukan sahaja akan memudahkan para penduduk berulang-alik antara Singapura dan Johor Bahru, malah juga membantu meredakan kesesakan lalulintas di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China