Cari:
Pusat Latihan Klinikal Pertama Tentera Laos Dirasmikan
2017-08-03 11:34:09 CRI Cetak

Pusat Latihan Kemahiran Klinikal di Hospital 103 Tentera Rakyat Laos, Vientiane yang dibina dengan bantuan Hospital Kunming Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China, dirasmikan semalam.

Pusat tersebut merupakan pusat latihan kemahiran klinikal pertama dalam sistem kesihatan Tentera Rakyat Laos.

Pada 25 Julai lalu, pasukan perubatan kumpulan kedua PLA yang dihantar ke Laos untuk menyediakan perkhidmatan perubatan tiba di Vientiane. Setelah mendapati Hospital 103 tidak mempunyai pusat latihan kemahiran klinikal, pasukan itu memutuskan untuk merintis penubuhannya.

Selepas majlis perasmian pusat tersebut semalam, pakar dari Hospital Kunming bersama-sama doktor dari Hospital 103 telah mengadakan sesi pertukaran dan latihan melibatkan bantuan kecemasan.

Pegawai hospital Laos itu mengucapkan terima kasih kepada pasukan China atas segala sumbangan termasuk modal yang disediakan untuk program latihan. Mereka menganggap bantuan China tersebut akan membolehkan fasiliti hospital itu menjadi platform latihan untuk melahirkan lebih banyak doktor yang berkaliber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China