Cari:
OFO Mula Perkhidmatan di Melaka
2017-08-04 14:33:39 CRI Cetak

Syarikat pembekal perkhidmatan basikal mudah sewa "ofo" melancarkan operasi di Malaysia dengan 500 unit basikal sewa, menerusi satu aktiviti promosi yang diadakan di Melaka.

Pegawai bagi operasi "ofo" di Asia Pasifik, Cao Xiao berkata, Malaysia yang merupakan salah satu lokasi dalam Jalan Sutera Laut, adalah hab penting yang menghubungkan jalan darat dan laut. Melaka dipilih sebagai stesen pertama untuk "ofo" memasuki pasaran Malaysia.

Dengan perkhidmatan basikal mudah sewanya, "ofo" bersedia memenuhi permintaan pelancong dan penduduk tempatan, di samping mendorong pembangunan bandar hijau dan sistem pengangkutan pintar.

Pada masa ini, sebanyak 500 unit basikal "ofo" sudah ditempatkan di pusat bandar Melaka, dengan sasaran 2,000 unit menjelang penghujung Ogos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China