Cari:
China, Myanmar Ikrar Intensifkan Kerjasama Bilateral B&R
2017-08-05 15:42:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China dan Myanmar merupakan jiran tetangga baik sejak sekian lama. China tetap menyokong Myanmar menempuh jalan perkembangan yang bersesuaian dengan keadaan negaranya, bersedia mengintensifkan pertukaran antara jabatan-jabatan perundangan dan menaik taraf tahap interaksi antara parti pemerintah kedua-dua negara, di samping memperasakan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC), Song Tao sepanjang pertemuan dengan Setiausaha Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Myanmar merangkap Speaker Dewan Rakyat, Win Myint di Nay Pyi Taw pada 4 Ogos lalu.

Win Myint berkata, negaranya menanti-nantikan mengintensifkan kerjasama dengan China dalam pembinaan inisiatif "B&R". Parlimen Persekutuan Myanmar bersedia memperkasakan pertukaran dengan jabatan perundangan China, NLD juga berharap memperdalam pertukaran persahabatan dengan PKC, selain menimba pengalaman PKC dalam pentadbiran negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China