Cari:
Perkongsian Strategik China, Myanmar Terus Berkembang
2017-08-05 15:45:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China bersedia bekerjasama dengan Myanmar untuk mengekalkan ikatan 'Pauk-Phaw' yang diwarisi turun-temurun di kalangan rakyat kedua-dua negara. Perkongsian strategik komprehensif dua hala juga akan terus berkembang maju melalui usaha gigih kedua-dua negara.

Parti Komunis China (PKC) berhasrat merancakkan pertukaran persahabatan dengan Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan Myanmar (USDP) agar memajukan perkembangan hubungan dua hala antara China dengan Myanmar.

Song Tao, Ketua Pengarah Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (IDCPC) berkata demikian ketika menemui U Than Htay, Presiden USDP di Nay Pyi Taw pada 4 Ogos lalu.

Than Htay berkata, pembangunan negara Myanmar tidak dapat terlepas daripada sokongan dan bantuan dari China. USDP mengutamakan pertukaran muhibah dengan PKC dan berharap menimba pengalaman dari PKC dalam mentadbir negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China