Seminar yang bertemakan "Maju Bersama Strategi '4.0 Thailand' dengan Inisiatif 'Jalur dan Laluan' (B&R)" diadakan di Bangkok petang semalam, dengan tujuannya membantu pelbagai lapisan masyarakat Thailand lebih banyak mengetahui Strategi 4.0 Thailand dan insiatif B&R China. Para peserta akan bertukar-tukar pendapat tentang faedah yang akan dibawa kepada kedua-dua pihak dan masalah yang mungkin muncul dalam usaha menyelaraskan kedua-dua dasar itu serta cara penyelesaiannya.
Atase Politik Keduataan Besar China ke Thailand, Yang Yang dalam seminar itu menyatakan bahawa Thailand merupakan antara negara yang paling awal menyahut dan menyokong pelaksanaan inisiatif B&R. Pembangunan bersama dalam pelaksanaan inisiatif B&R akan membuka ruangan yang amat besar bagi kerjasama China-Thailand, sekali gus menyediakan peluang kepada pembangunan ekonomi Thailand. Kedua-dua pihak boleh menyelaraskan strategi pembangunan dalam pelaksanaan B&R, dan meneroka potensi baharu kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang untuk mencipta prospek yang cerah.
Pengerusi Persekutuan Industri-industri Thailand, Chen Namchaisiri pula menegaskan bahawa Strategi 4.0 Thailand bukan sahaja melibatkan pembangunan industri dan pertanian ke arah yang moden, malahan menumpukan perhatian terhadap pembangunan modal insan. Thailand akan membelajari pengalaman China dalam bidang inovasi agar berturut-turut melahirkan tenaga profesional untuk menyumbang kepada pembangunan Thailand.