Song Tao menyatakan bahawa pihaknya menghargai dasar persahabatan dengan China yang dilaksanakan kerajaan Myanmar yang diterajui NLD, menyokong proses damai dan pembangunan sosiobudaya Myanmar dan bersedia memperluas dan memperkasakan kerjasama kedua-dua negara. Parti Komunis China (PKC) bersedia meningkatkan hubungan dengan NLD demi menggalakkan hubungan China-Myanmar terus berkembang.
Aung San Suu Kyi pula menyatakan bahawa pihaknya memberikan perhatian besar kepada hubungan dengan China dan turut mengucapkan terima kasih kepada China yang sejak sekian lama sudi memberikan sokongan dan bantuan kepada kedamaian dan pembangunan Myanmar.