Cari:
Penerbangan Terus Sanya-Jakarta Beroperasi
2017-08-06 15:58:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pesawat yang membawa lebih 160 penumpang dari Indonesia selamat tiba di bandar Sanya, provinsi Hainan pada pukul 12.30 tengah malam tadi.

Penerbangan yang dikendalikan bersama oleh Hainan Airlines (HNA) Tourism Holding Group Co., Ltd. (HNA Tourism) dengan PT. Lion Mentari Airlines (Lion Air) Indonesia itu merupakan penerbangan terus pertama antara Sanya dan Indonesia.

Jabatan Pelancongan Sanya berpendapat bahawa pembukaan laluan tersebut dapat meningkatkan pertukaran dan kerjasama dalam sektor pelancongan dan perdagangan antara kedua-dua pihak.

Penerbangan Sanya-Jakarta beroperasi sekali pada setiap hari Rabu, Jumaat dan Ahad, manakala penerbangan Jakarta-Sanya pada setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China