Menteri Luar China, Wang Yi telah menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) di Manila, Filipina hari ini.
Wang Yi menyatakan bahawa berdepan dengan fahaman perlindungan perdagangan yang bangkit semula di dunia pada ketika ini, ASEAN+3 perlu memikul tanggungjawab dalam kerjasama Asia Timur dan mengintensifkan kerjasama pragmatik bagi melonjakkan kerjasama ini ke tahap yang lebih tinggi.
Saranan Wang Yi, ASEAN+3 perlu meningkatkan perancangan haluan pembangunan, menggalakkan kerjasama jaminan keselamatan bahan makanan, menggiatkan kerjasama pembangunan secara mampan, mengintensifkan kerjasama kewangan dan ekonomi, membaharui model kerjasama kapasiti pengeluaran antarabangsa, dan merancakkan pertukaran sosiobudaya.