Hal demikian dinyataan dalam pertemuan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha dengan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov di Thailand semalam.
Kedua-dua negara akan bekerjasama untuk memastikan jumlah perdagangan dua hala mencecah USD10 bilion (RM42.9 bilion) menjelang 2020 berbanding dengan USD2 bilion (RM8.59 bilion) buat masa ini.
Di samping itu, Thailand dan Rusia juga akan memperluas kerjasama dalam sektor sumber tenaga, sanis dan teknologi, keselamatan dan pelaburan.
Selain itu, Thailand juga mahu rundingan perjanjian perdagangan bebas antara negaranya dengan Kesatuan Ekonomi Eurasia (EaEU) dapat dimulakan dengan secepat mungkin.