Brunei Darussalam mengadakan pameran sempena sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN di Pusat Persidangan Antarabangsa di Bandar Seri Begawan pada 12 hingga 13 Ogos lalu.
Pameran anjuran Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan Brunei dengan sokongan semua anggota serta rakan dialog ASEAN itu memperkenalkan sejarah dan keadaan semasa ASEAN, hubungan dengan pelbagai negara, serta budaya, produk dan makanan istimewa anggota ASEAN.
Pusat China-ASEAN dan Kedutaan Besar China di Brunei turut menganjurkan pameran bertemakan budaya sutera. Teknik menyulam artisan China menjadi tumpuan.