Cari:
Defisit Indonesia Bertambah
2017-08-14 10:56:35 CRI Cetak

Statistik bank pusat Indonesia pada 11 Ogos lalu menunjukkan, defisit akaun semasa Indonesia pada suku tahun kedua mencatat hampir USD5 bilion (RM21 bilion), menduduki kira-kira 2% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tempoh tersebut, meningkat 1% berbanding suku sebelumnya.

Menurut analisis bank itu, kenaikan defisit tersebut ekoran jumlah eksport produk bukan minyak dan gas merosot berbanding import yang meningkat. Bagaimanapun, defisit yang dicatat masih lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu.

Bank pusat akan terus mengikuti perkembangan ekonomi global, khususnya impak dasar kewangan AS serta risiko geopolitik global terhadap imbangan pembayaran Indonesia.

Pada masa yang sama, rizab tukaran asing Indonesia mencatat USD123 bilion (RM528 bilion), mencukupi bagi keperluan import dan bayaran hutang kerajaan sepanjang 8.6 bulan.

Pada 2013, defisit akaun semasa Indonesia pernah meningkat hingga menduduki 4% KDNK , mengakibatkan pengaliran keluar modal asing dan penyusutan nilai rupiah. Keadaan semakin pulih beberapa tahun kebelakangan ini dan kini dianggap berada pada paras sihat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China