Cari:
ASEAN Diseru Banteras Keganasan, Jenayah Dadah
2017-08-14 13:20:10 CRI Cetak

Para anggota ASEAN perlu meningkatkan perpaduan dan kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan termasuk keganasan dan penyeludupan dadah, yang merupakan cabaran bersama.

Demikian dinyatakan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam aktiviti sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN di Sekretariat ASEAN di Jakarta, 11 Ogos lalu. Selain keganasan yang memerlukan tindakan segera, jenayah dadah juga menjadi cabaran besar bagi ASEAN.

Menurut beliau, tiada pilihan lain kecuali meningkatkan sinergi dalam kempen memerangi jenayah dadah bagi menjamin masa depan belia ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China