Cari:
Jokowi Janji Agihan Ekonomi Lebih Adil
2017-08-17 12:38:58 CRI Cetak

Kerajaan Indonesia akan terus menggalakkan pengagihan ekonomi yang lebih adil untuk membolehkan semua rakyat menikmati hasil pembangunan negara.

Ketika menyampaikan perutusan negara di Parlimen semalam, Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan bahawa pembangunan ekonomi mesti meliputi seluruh masyarakat. Kerajaan akan berusaha menjamin pengagihan ekonomi secara adil dan saksama supaya setiap warga Indonesia berasa bangga dengan kerakyatan mereka, termasuk penduduk di kawasan terpencil.

Hal ini akan menjadikan Indonesia lebih bersatu padu dan kuat ketika berdepan persaingan antarabangsa.

Beliau turut menyeru pelbagai lapisan masyarakat mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi demi bersama-sama mewujudkan masyarakat yang adil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China