Cari:
Filipina Tawar VOA untuk Warga China
2017-08-18 10:57:35 CRI Cetak

Filipina akan menawarkan Visa Semasa Ketibaan (VOA) kepada sebahagian warga China, sebagai langkah untuk menarik lebih ramai pelancong dan pelabur dari negara ini.

Menurut Jabatan Imigresen Filipina, kemudahan itu ditawarkan kepada pelancong yang mengikut rombongan agensi pelancongan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan Filipina, peniaga yang diundang oleh mana-mana dewan perniagaan di Filipina dan jabatan kerajaan lain serta atlet dan peserta mesyuarat dan pameran.

Mereka perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Filipina melalui agensi pelancongan sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berlepas.

Setelah diluluskan, pelawat perlu membawa pasport, tiket penerbangan balik dan surat keizinan Jabatan Imigresen untuk menguruskan VOA di lapangan terbang atau pelabuhan tertentu di Filipina.

Tempoh sah VOA selama 30 hari dan boleh dilanjutkan hingga enam bulan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China