Cari:
Alibaba Labur Tokopedia Indonesia
2017-08-18 14:22:42 CRI Cetak

Gergasi e-dagang China, Alibaba menjadi pemegang saham Tokopedia, platform e-dagang terbesar di Indonesia, dengan pelaburan sebanyak USD1.1 bilion (RM4.7 bilion).

Tokopedia yang ditubuhkan pada tahun 2009 juga portal yang paling banyak dilayari di Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan juga pengasas Tokopedia, William Tanuwijaya menyatakan bahawa pelaburan Alibaba akan membantu mempercepat pembangunan syarikatnya.

Alibaba melihat Asia Tenggara sebagai teras strateginya di peringkat global. Selepas membuat pelaburan dalam Lazada, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara pada April tahun lalu, Alibaba menambah lagi pelaburan sebanyak USD1 bilion (RM4.3 bilion) pada Jun lalu, menjadikan pegangan sahamnya naik kepada 83%.

Pada Jun lalu juga, Alibaba menawarkan opsyen untuk pengguna Malaysia membeli barang dari Taobao melalui platform Lazada, dan berjaya menarik penglibatan hampir 30 ribu pengusaha dari China dalam tempoh tidak sampai seminggu.

Opsyen sama akan diperkenalkan di Thailand dan Filipina tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China