Cari:
Yunnan Bantu Pesakit Katarak Myanmar
2017-08-20 15:41:31 CRI Cetak

Provinsi Yunnan, China melancarkan lagi kempen kebajikan untuk membantu pesakit katarak di Myanmar yang kurang berkemampuan menjalani pembedahan, di Yangon semalam.

Aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Tabung Pertukaran Persahabatan Antarabangsa Kalangan Rakyat Yunnan, Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Yunnan, Hospital Rakyat Kedua Yunnan dan Tabung Visakha Myanmar.

Pengerusi Persatuan Perubatan Myanmar, Dr. S.Kgaw Hla dalam majlis pelancaran kempen itu menyatakan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan Yunnan terhadap pesakit katarak di Myanmar yang kurang mampu membiayai kos pembedahan.

Katanya, meskipun banyak bantuan disediakan oleh kerajaan, namun peningkatan jumlah pesakit dan masalah kekurangan bekalan perubatan menyebabkan pesakit perlu menunggu untuk mendapat bantuan.

Dalam majlis pelancaran itu, Tabung Pertukaran Persahabatan Antarabangsa Kalangan Rakyat Yunnan telah menderma kira-kira USD6 ribu kepada Hospital Thi Da Gu sebagai bantuan perubatan kepada pesakit.

Seramai 200 pesakit katarak akan menjalani pembedahan secara percuma melalui kempen amal selama lima hari ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China