Cari:
Kemalangan di Thailand, 11 Warga China Cedera
2017-08-21 11:51:07 CRI Cetak

11 pelancong China cedera apabila van persiaran yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori pikap di lebuh raya Chiang Mai, Thailand petang semalam.

Menurut makluman Konsulat Jeneral China ke Chiang Mai, semua mangsa yang cedera, termasuk lima yang parah, telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Pejabat Konsul Jeneral China telah menghantar pegawai ke hospital berkenaan untuk menziarahi mangsa, di samping membantu pihak hospital, polis, biro pelancongan dan agensi pelancongan terbabit bagi memastikan mangsa mendapat pertolongan yang diperlukan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China