Cari:
215 Pelajar Indonesia Peroleh Biasiswa China
2017-08-22 14:15:34 CRI Cetak

Upacara penyampaian biasiswa kerajaan China kepada 215 pelajar Indonesia diadakan di Kedutaan Besar China di Jakarta semalam.

Kuasa Usaha Sementara kedutaan itu, Sun Weide berkata, China dan Indonesia telah mencapai perjanjian untuk saling mengakui sijil pendidikan tinggi satu sama lain, di bawah rangka mekanisme pertukaran sosiobudaya.

Hal ini akan merancakkan pertukaran dalam bidang pendidikan sekali gus membolehkan prospek pekerjaan yang lebih baik bagi graduan yang bersedia merintis kerjaya masing-masing.

Kini, terdapat lebih 14 ribu pelajar Indonesia yang menuntut ilmu di China, menjadikan negara ini destinasi kedua terbesar bagi mahasiswa Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China