Cari:
Bekalan Perubatan H1N1 China Tiba di Yangon
2017-08-25 12:41:10 CRI Cetak

Bekalan perubatan bernilai lebih RMB20 juta (RM13 juta) yang disumbangkan China untuk membantu Mynamar menangani wabak selesema babi H1N1 tiba di Yangon semalam.

Duta Besar China di Myanmar, Hong Liang dalam upacara penyerahan yang diadakan di lapangan terbang telah menyampaikan rasa simpati terhadap rakyat Myanmar dan penghargaan atas segala pengorbanan staf perubatan di negara itu. Beliau berharap bekalan perubatan daripada China dapat membantu Myanmar mengatasi wabak H1N1.

Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan dan Sukan Myanmar, Thet Khine Win yang mengucapkan terima kasih atas bantuan China, turut menambah bahawa Myanmar menganggap China sebagai jiran baik yang sentiasa menghulurkan bantuan ketika Myanmar dilanda kesusahan.

Setakat 18 Ogos lalu, lebih 280 kes jangkitan H1N1 dikesan di seluruh Myanmar dengan 29 kes kematian dilaporkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China