Cari:
Brunei Rancakkan Industri Produk Halal
2017-08-25 12:49:46 CRI Cetak

Ekspo Produk Halal 2017 yang berlangsung selama tiga hari telah dirasmikan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 23 Ogos lalu. Ekspo itu dilihat sebagai wadah untuk merancakkan interaksi industri produk halal di dalam dan luar negara, serta mendorong perkembangan industri tersebut di Brunei.

Menteri Sumber Tenaga dan Industri, Jabatan Perdana Menteri, Mohammad Yasmin Umar dalam majlis perasmian ekspo tersebut menyatakan bahawa industri produk halal Brunei telah mencapai kemajuan besar dalam tempoh lima tahun lalu. Brunei akan terus meneroka potensi sektor ini, menjamin daya saing produk dan perkhidmatan halal serta keberterusan perkembangan industri berkenaan.

Menurut beliau, 35 buah syarikat pengeluar produk halal di Brunei telah menyediakan 835 peluang kerja dan menjana hasil sebanyak hampir USD65 juta (RM278 juta) pada 2016.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China