Mahkamah Agung Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Perdana Menteri negara itu, Yingluck Shinawatra yang terlibat dalam kes pembelian beras kerana tidak hadir dalam pengumuman keputusan kes berkenaan. Selain itu, tarikh pengumuman itu turut ditunda ke 27 September nanti.
Mengulas laporan yang menyebut Yingluck telah melarikan diri dari Thailand, Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha menyatakan bahawa pihaknya telah mengarahkan penguatkuasa undang-undang memastikan lokasi Yingluck pada masa ini, di samping meningkatkan kawalan sempadan.
Mahkamah AgungThailand mengumumkan keputusan kes pembelian beras Jumaat lalu. Kecuali dua defendan yang tidak hadir, 26 defendan lain dijatuhi hukuman. Bekas Menteri Perdagangan, Boonsong Teriyapirom dijatuhi hukuman penjara 42 tahun.