Cari:
Pilihan Raya Presiden Singapura Bulan Depan
2017-08-29 10:19:26 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah mengeluarkan Writ Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Presiden 2017 yang dikhaskan untuk calon dari komuniti Melayu, menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, hari penamaan calon ialah 13 September 2017 di auditorium Persatuan Rakyat, 9 King George's Avenue.

Kenyataan itu berkata jika lebih seorang calon dicalonkan pada hari penamaan calon, 23 September akan diisytiharkan sebagai hari mengundi.

"Setakat ini, ada tiga calon berpotensi yang menyatakan minat untuk bertanding dalam pilihan raya iaitu dua orang ahli perniagaan Mohamed Salleh Marican, Farid Khan Kaim Khan dan bekas Speaker Parlimen Halimah Yacob.

Untuk bertanding, bakal calon mesti mengemukakan kertas pencalonan disertakan dengan Sijil Kelayakan; Sijil Komuniti yang mengesahkan bahawa mereka tergolong dalam masyarakat Melayu; dan sijil Derma Politik, kata jabatan itu.

Mohamed Salleh, 67, telah mengemukakan permohonannya bagi Sijil Kelayakan dan Sijil Komuniti di Jabatan Pilihan raya pada 23 Ogos manakala Farid Khan, 62, pula berbuat demikian pada 24 Ogos.

Sehingga berita ini ditulis, Halimah, 63, belum mengemukakan Sijil Kelayakan dan Sijil Komuniti.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China