Kaunter Bantuan Hal Ehwal Pelancong China dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 baru-baru ini bagi memudahkan urusan ketibaan pelancong berkenaan.
Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang membuka kaunter seumpama itu, yang menyediakan perkhidmatan terutama dari segi komunikasi untuk pelancong China.
Kaunter yang dikendalikan sukarelawan yang fasih berbahasa Mandarin itu akan membantu komunikasi antara pelancong China dan pegawai imigresen, selain menyediakan maklumat tambahan kepada mereka yang tidak biasa dengan lapangan terbang.
Pelancong China yang melawat Malaysia mencatat hampir 2.2 juta pada tahun lalu dan dijangka melebihi 3 juta pada tahun ini.