Cari:
China Tingkat Kerjasama Kesihatan dengan ASEAN
2017-09-08 12:56:20 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Kesihatan China-ASEAN ke-6 dan ASEAN+3 (China, Jepun dan Korea Selatan) ke-7 diadakan di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam semalam.

Wakil China ke mesyuarat itu menyatakan bahawa ASEAN telah menjadi rakan kerjasama penting bagi China dalam bidang kesihatan awam sejak tahun 2003. Kerjasama ini membantu menjaga keselamatan kesihatan serantau, menggalakkan pembangunan kesihatan kedua-dua pihak dan mengukuhkan persahabatan rakyat. ASEAN juga bahagian penting dalam pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R). China bersedia terus meningkatkan kerjasama dengan blok itu dalam rangka inisiatif B&R demi kesejahteraan rakyat serantau.

Ketua Delegasi China yang juga Naib Menteri Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara China, Wang Hesheng menyatakan bahawa China akan menggerakkan kerjasama dengan ASEAN, Jepun dan Korea Selatan dalam 11 bidang utama, termasuk kesihatan rakyat, teleperubatan, bantuan perubatan kecemasan dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China