Cari:
Tentera Myanmar Tolak Dakwaan Bangladesh
2017-09-08 12:58:53 CRI Cetak

Pihak tentera Myanmar menolak dakwaan Bangladesh bahawa helikopter miliknya memasuki ruang udara negara itu, selepas Bangladesh mengemukakan bantahan kepada Kedutaan Besar Myanmar pada 1 September lalu.

Helikopter Myanmar didakwa pernah tiga kali memasuki ruang udara Bangladesh, masing-masing pada 27 dan 28 Ogos serta 1 September.

Sejak 25 Ogos lalu, beberapa serangan pengganas di negeri Rakhine mengakibatkan lebih seratus orang terkorban. Ramai orang Rohingya melarikan diri ke Bangladesh melalui sempadan kedua-dua negara ekoran operasi polis susulan serangan tersebut.

Kerajaan Myanmar baru-baru ini mengumumkan, helikopter tentera dikerahkan untuk membantu operasi mencari militan dan membawa pulang mereka yang cedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China