Cari:
China, Myanmar Warisi Ikatan Pauk-Phaw
2017-09-08 17:19:32 CRI Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China, Zhang Dejiang bertemu dengan Speaker Dewan Perwakilan Myanmar, U Win Myint di Beijing semalam.

Zhang berkata China dan Myanmar, yang mewarisi ikatan Pauk-Phaw turun-temurun, perlu merapatkan penyelarasan bagi membolehkan kerjasama saling menguntungkan membuahkan hasil lebih memberangsangkan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Tambah beliau, hubungan antara badan perundangan merupakan sebahagian penting daripada perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Myanmar.

Pertukaran rapat antara NPC dengan Parlimen Myanmar memainkan peranan positif untuk meningkatkan persahabatan di kalangan rakyat dan kerjasama dua hala.

Kedua-dua pihak perlu terus memperkasakan kerjasama pragmatik dalam pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) untuk menyumbang kepada perkembangan hubungan China-Myanmar.

U Win Myint pula menyatakan, pihaknya bersedia mengeratkan pertukaran dengan NPC, menimba pengalaman tadbir urus negara China dan memperkasakan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China