Cari:
Forum Datuk Bandar China-ASEAN Fokuskan "Bandar Pintar"
2017-09-11 11:38:20 CRI Cetak

Forum Datuk Bandar China-ASEAN 2017 telah dirasmikan di Nanning, Guangxi kelmarin. "Bandar Pintar" menjadi topik hangat dalam forum tersebut yang diserikan dengan kehadiran 300 orang wakil dari hampir 100 buah bandar China dan negara anggota ASEAN.

Ketua Institut Pengajian iValley Laluan Sutera China, Liang Haiming menyatakan bahawa setakat penghujung 2016, China menduduki tempat pertama ranking dunia berhubung jumlah dan skala bandar pintar dan bandar pintar baharu yang dimilikinya, yang masing-masing mencatat 277 dan 3 buah, walaupun masih berada pada tahap ujian. Aliyun, pembekal produk cloud service yang terbesar di China mampu menyediakan perkhidmatan kepada lebih 200 buah negara dan kawasan di seluruh dunia.

Bekas Naib Perdana Menteri yang juga Ketua Persatuan Persahabatan Thailand-China, Korn Dabbaransi pula berkata, kini rantau ASEAN sedang mendorong perkembangan ekonomi digital. Teknologi pintar dan industri pintar akan menjadi arah pembangunan masa depan rantau ini. Menurut beliau, Alipay dan WechatPay telah beroperasi di sesetangah bandar pelancongan di Thailand. Ini merupakan contoh kerjasama industri pintar China-ASEAN pada masa akan datang. Selain itu, landasan kereta api China-Thailand akan merapatkan pertukaran antara lima negara terlibat termasuk Thailand, China, Malaysia, Singapura dan Laos sehingga membawa peluang kerjasama pelancongan rentas sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China