Cari:
Yingluck Dikesan Lalui Satu Pos Tentera
2017-09-11 16:25:06 CRI Cetak

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Thailand, Prawit Wongsuwan mengatakan pada 8 September lalu bahawa ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kereta yang dinaiki bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra melalui sebuah pos ketenteraan di Sa Kaeo, bahagian timur Thailand.

Prawit menyatakan bahawa kamera tersebut tidak dapat merakam maklumat yang lebih banyak sehingga tidak dapat membuktikan kereta itu sama ada merentasi sempadan dengan Kemboja atau tidak. Kerajaan sedang mencari pemandu kereta itu bagi menjalankan siasatan. Di kawasan tersebut ada banyak laluan yang boleh dipakai melintasi sempadan untuk melarikan diri. Kerajaan sedang menyiasat laluan yang berkemungkinan terpilih dalam rancangan Yingluck.

Yingluck memilih tidak hadir dalam mahkamah bagi mendengar keputusan berkenaan pada 25 Ogos lepas, maka Mahkamah Agung segera mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Kerajaan Thailand berulang kali menegaskan bahawa pihaknya tidak mencapai sebarang perjanjian dengan Yingluck bagi melepaskan beliau, dan juga tidak mengetahui jejaknya buat masa sekarang.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China