Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli telah ditemui pemimpin dari negara-negara ASEAN termasuk Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Naib Perdana Menteri Tetap Vietnam, Truong Hoa Binh dan Naib Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone di Nanning, Guangxi sebelum menghadiri Ekspo China-ASEAN ke-14 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN.
Zhang Gaoli telah mengalu-alukan kehadiran Sultan Hassanal Bolkiah ke Ekspo China-ASEAN serta lawatan rasmi baginda di China. Menurut Zhang, China bersedia terus mendorong penaiktarafan hubungan China-ASEAN dan mewujudkan entiti berkongsi nasib yang lebih rapat dengan ASEAN.
Tambah beliau, Brunei telah memainkan peranan positif dalam hubungan China-ASEAN. China bersedia bersama-sama dengan Brunei untuk mengambil peluang penting "Jalur dan Laluan" (B&R) bagi mendorong penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan kedua-dua pihak, mengintensifkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang, memperkukuh persahabatan kalangan rakyat demi manfaat rakyat kedua-dua negara.
Sultan Bolkiah, sebagai wakil negara utama ekspo China-ASEAN kali ini, diiringi hampir seratus orang usahawan Brunei.
Sultan Bolkiah mengalu-alukan usahawan China melabur ke Brunei, sambil menyatakan Brunei bersedia terus mendorong kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, sosiobudaya, pelancongan, tenaga, pelabuhan dan pendidikan.