Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) telah dirasmikan di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi China pagi tadi.
Dalam tempoh ekspo yang bertemakan "bersama-sama membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21, pelancongan penggalak integrasi ekonomi serantau" ini, pelbagai aktiviti termasuk dialog peringkat tinggi, pameran dan forum turut diadakan bagi memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang serta persahabatan antara China dan ASEAN.