Cari:
Inisiatif Nanning Galakkan Bidang Seni, Budaya China-ASEAN
2017-09-13 16:02:42 CRI Cetak

Wakil-wakil pelbagai jabatan kebudayaan dan akademi seni dari China dan negara-negara ASEAN telah mengemukakan "Inisiatif Nanning" pada Forum Kebudayaan China-ASEAN ke-12 di Guangxi, untuk merancakkan kerjasama antara China dan ASEAN serta mendorong pembangunan institusi-institusi berkenaan.

Inisiatif tersebut merupakan mekanisme mesyuarat meja bulat melibatkan pengetua akademi seni kedua-dua pihak dengan empat matlamat iaitu memperhebat perancangan strategik dan pembangunan terselaras pendidikan seni, mengukuhkan interaksi dan latihan tenaga profesional, menggiatkan pertukaran lawatan sesama pelajar, serta meningkatkan tahap penyertaan pelajar dalam pameran kesenian dan perkongsian hasil dalam pendidikan seni.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China