Cari:
Brunei Alu-alukan Pelaburan Syarikat China
2017-09-13 13:18:46 CRI Cetak

Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah menyatakan bahawa kerajaannya sedang menyusun semula struktur perindustrian yang dahulunya hanya mengutamakan minyak dan gas asli, dalam usaha untuk menyuntik kepelbagaian kepada sektor ekonominya.

Penglibatan syarikat China amat dialu-alukan agar mewujudkan situasi yang menguntungkan semua.

Sultan Hassanal Bolkiah bertitah demikian ketika menghadiri Dialog Meja Bulat Pemimpin Brunei dan CEO Syarikat China di Nanning, Guangxi China semalam.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan Brunei telah menetapkan hala tuju pembangunan ekonomi pada masa depan dengan memberi keutamaan kepada industri produk halal, inovasi teknologi, sektor kreatif, perkhidmatan perniagaan, pelancongan serta minyak dan gas asli.

Untuk menarik pelaburan syarikat asing, sebuah pusat sokongan telah ditubuhkan dengan usaha sama 16 buah jabatan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China