Cari:
China, Negara ASEAN, Lancar Mekanisme Pemindahan Teknologi
2017-09-14 16:07:12 CRI Cetak

Pusat Pemindahan Teknologi Dua Hala China-ASEAN telah melancarkan satu mekanisme kerjasama pemindahan teknologi dengan Brunei, Indonesia dan Vietnam semasa Sidang Pemindahan Teknologi dan Kerjasama Inovasi China-ASEAN Ke-5 di Nanning, Guangxi semalam.

Setakat ini, sebanyak lapan negara ASEAN telah melaksanakan mekanisme serupa dengan China.

Sidang Pemindahan Teknologi dan Kerjasama Inovasi China-ASEAN yang bertemakan "inovasi dan kerjasama" ini, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara China dan negara-negara ASEAN dalam bidang sains dan teknologi.

Naib Setiausaha Kementerian Sains dan Teknologi China, Miao Shaobo menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun lalu, kerjasama inovasi serantau telah mencapai kemajuan yang memuaskan melalui pelaksanaan rancangan rakan sains dan teknologi China-ASEAN.

China juga akan menawarkan latihan kemahiran dan menjalankan program pertukaran personel selain menyediakan asas lebih teguh kepada kerjasama China-ASEAN dalam bidang berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China