Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob dipilih sebagai presiden kelapan negara republik itu.
Pegawai Pilihan Raya, Ng Wai Choong yang membuat pengisytiharan itu selepas pencalonan ditutup tengah hari semalam mengesahkan pemilihan Halimah, 63, satu-satunya calon yang berjaya melalui semua prosedur pencalonan dan diberi sijil kelayakan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden.
Dua lagi calon yang ingin bertanding tersingkir setelah gagal memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan.
Halimah, presiden wanita pertama Singapura, dijadualkan mengangkat sumpah di Istana pada hari ini.