Cari:
China, ASEAN Perkasakan Kerjasama Kewangan
2017-09-14 14:53:27 CRI Cetak

Forum Kemuncak Kerjasama dan Pembangunan Kewangan China-ASEAN ke-9 diadakan di Nanning, Guangxi China semalam. Pegawai kanan bank pusat dan institusi kewangan dari China dan negara-negara ASEAN telah menjalankan perbincangan untuk mengintensifkan kerjasama kewangan dan melaksanakan bersama inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Naib Gabenor Bank Rakyat China, Yin Yong menganggap bahawa pelaksanaan inisiatif B&R telah menyediakan prospek dan ruang yang luas kepada kerjasama kewangan antara China dan ASEAN.

Permintaan pasaran yang dijana kesalinghubungan rentas sempadan serta kerjasama kapasiti industri antarabangsa dan pembuatan kelengkapan menjadikan perlunya kerjasama pelaburan dan pengumpulan dana yang lebih kukuh bagi mengisi jurang pembiayaan.

Yin Yong memaklumkan bahawa negara-negara ASEAN telah menubuhkan lebih 30 buah institusi perbankan di China, manakala institusi perbankan usaha sama China dan negara-negara ASEAN mencecah 150 buah.

Skala pasaran tukaran mata wang asing antara China dengan negara-negara ASEAN kini mencapai RMB550 bilion (RM353 bilion), dan jumlah dana Renminbi yang dikendalikan oleh institusi pelabur asing yang bertauliah (FQFII) di negara-negara ASEAN mencatat RMB200 bilion (128 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China