Cari:
Rondaan Bersama ke-62 Sungai Mekong Bermula
2017-09-21 11:16:52 CRI Cetak

Rondaan bersama Sungai Mekong kali ke-62 yang dijalankan oleh China, Laos, Myanmar dan Thailand dilancarkan Selasa lalu.

Rondaan selama empat hari tiga malam itu melibatkan kawasan aliran Sungai Mekong sepanjang 500 kilometer bermula dari pelabuhan Guanlei di provinsi Yunnan China.

Kapal-kapal dari empat negara tersebut akan bersama-sama menjalankan pemeriksaan dan tinjauan serta kempen antidadah di sepanjang zon rondaan.

Operasi bersama itu berkesan untuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi memerangi jenayah rentas sempadan termasuk keganasan, penyeludupan, pengedaran dadah dan pemerdagangan manusia, selain menjamin keselamatan pelayaran di Sungai Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China