Cari:
Bomba Beri Penjelasan Kebakaran Pusat Tahfiz
2017-09-22 13:38:32 CRI Cetak

Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada Khamis lalu berpunca daripada perbuatan sengaja, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata, kebakaran didapati bermula dari pintu masuk bilik asrama aras tiga berdasarkan keterangan saksi, keterangan mangsa terselamat dan disokong dengan kesan kebakaran di hadapan pintu masuk.

Kesan kebakaran pada dinding sekeliling pintu masuk bilik asrama juga menguatkan lagi bukti tempat bermulanya kebakaran di pintu tersebut, katanya.

Kebakaran itu meragut nyawa 23 orang iaitu 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China