Delegasi tentera dari China dan Vietnam, yang menghadiri pertemuan peringkat tinggi ke-4 mengenai hal ehwal sempadan, berikrar untuk menjaga ketenteraman sempadan.
Pertemuan dua hari itu diadakan di wilayah Lai Chau, Vietnam dan kaunti Jinping, provinsi Yunnan China, masing-masing kelmarin dan semalam.
Delegasi China yang diketuai Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, Fan Changlong bersama-sama delegasi Vietnam yang diketuai Menteri Pertahanan, Ngo Xuan Lich merasmikan sebuah balai budaya tanda persahabatan, di samping menyaksikan latihan antikeganasan dan rondaan bersama pasukan sempadan.
Fan menyatakan bahawa tentera China bersedia bersama-sama tentera Vietnam melaksanakan persepakatan yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, menangani perselisihan dengan baik, serta memperkukuh perkongsian kerjasama strategik komprehensif dan ikatan persahabatan kedua-dua negara.