Dua nelayan Vietnam terbunuh apabila tentera laut Filipina bertindak menahan sebuah kapal Vietnam di perairan barat Pulau Luzon semalam. Lima lagi nelayan ditahan dan kapal mereka disita.
Tentera laut Filipina memaklumkan bahawa kapal perondanya mendapati sebuah kapal nelayan Vietnam memasuki perairan kira-kira 30 batu nautika di barat Pulau Luzon, yang disyaki menangkap ikan secara haram.
Media tempatan melaporkan bahawa dua nelayan yang terbunuh itu ditembak mati oleh tentera laut Filipina, namun belum disahkan oleh pihak tentera.
Menurut jurucakap pihak tentera, siasatan sedang dijalankan. Setakat ini, yang boleh dipastikan adalah kapal nelayan Vietnam itu berlanggar dengan kapal tentera yang sedang menjalankan operasi di laut. Punca kematian nelayan Vietnam masih tidak dapat dipastikan sehingga siasatan selesai.