Cari:
Loji Hidroelektrik Terbesar Kemboja Dirasmikan
2017-09-26 13:54:22 CRI Cetak

Loji hidroelektrik Sesan di wilayah Stung Treng, Kemboja mula menakung air semalam, dan akan beroperasi pada November nanti seperti yang dijadualkan. Projek hidroelektrik berkapasiti terbesar di Kemboja itu dibina dengan usaha sama China dan Vietnam. Kapasiti loji tersebut sebesar 400 ribu kilowatt, lebih satu perlima keseluruhan bekalan elektrik di Kemboja.

Upacara merasmikan loji itu dihadiri Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Duta Besar China, Xiong Bo, serta kira-kira 2,000 wakil syarikat, kerajaan dan pelbagai lapisan masyarakat.

Hun Sen dalam ucapannya menyatakan bahawa projek tersebut menjamin bekalan elektrik yang selamat lagi stabil kepada rakyat di timur laut, yang dihargai pihak Kemboja.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China