Cari:
Trek Laluan Basikal Dibuka di KL Disember
2017-09-26 14:18:14 CRI Cetak

Trek laluan basikal yang menelusuri pinggir Sungai Bunus bermula dari Kolam Takungan Banjir Kampung Bo-yan di Lorong Gurney ke Taman Tasik Titiwangsa bakal dibuka kepada orang ramai pada Disember ini.

Pengarah Eksekutif Perancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mohd. Najib Mohd. berkata, pembinaan laluan itu kini pada peringkat akhir melibatkan beberapa kajian aspek keselamatan dan keselesaan pengguna.

"Buat masa ini, DBKL dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Wilayah Persekutuan Ku­ala Lumpur masih bekerjasama dalam menjalankan kerja-kerja pembersihan, pengindahan kawasan dan memperbaiki kualiti air sungai.

"Bagaimanapun, kami mengharapkan ia dapat siap lebih cepat dan boleh dibuka kepada umum pada musim cuti persekolahan hujung tahun ini," katanya.

Mohd Najib berkata DBKL juga sedang melaksanakan projek laluan basikal yang akan menghubungkan laluan Kolam Takungan Banjir Kampung Boyan dengan Taman Air Panas dan kawasan sekitar Kampung Baru.

sumber: Utusan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China